My wonderful world....
Yus Fida
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-May-2009 16:11 Email | Share | | Bookmark
Edisi jalan-jalan "mencintai alam sekitar"..Part 1

1st of all, sebelum nk pjg berjela berciter psl edisi jalan-jalan kali ni, saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada seme kawan2 yang sudi mendoakan kebahagian kami berdua dalam edisi Selamat Ulang Tahun Sayang.Semoa kami mendapat keberkatan daripadaNya.Terima kasih lagi sekali buat semua..

Sempena cuti hari buruh aka my anniversary day, kami plan nk jalan-jalan sambil berehat dalam suasana hutan lak... , mmg kami redah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam mood "mencintai alam sekitar"...kononnya la...Destinasi kali ni kami kumpul One Go at One Time...( excell ni idea saya la, hubby mcm biasa mmg ikut ajer..thanks ye yang) , menjelajah rahsia alam negeri Pahang Darul Makmur........Mohh kita..

1. Kuala Gandah, Lanchang



Good info here..sblm ni mmg x penah nk amik tau pun psl gajah. Tapi, bila dah sampai kesini, bagus juga amik pengetahuan mcm ni. B4 nk enter kat area gajah tu..kena daftar dulu di sini (masuk FOC). Kemudian dapat sticker n kena tempek kat baju msg2. Rugi lorrr...x dpt k buat xtvt bersama gajah, sbbnya dah full booking la, orang ramai sgt nih...makk aii..x sangka ramai benor nk nengok gajah dr dekat. My Inas tersangat la happy nya..



Aduhh, cuaca lak tersangat la panas teriknya. Tapi msg2 buat muka cool ajer..ahakss!





Seberang area ni lak ada perkampungan orang asli. Seronok juga tgk telatah anak2 orang asli ni duk lari sana..lari sini...terjun sungai...nyorokbalk pokok bila depa nmpk ada yang mla nk snap gambo depa..malu2 wehh, tapi mahu....

Saya nk bagi 4 bintang la utk tempat ni...( kalau ada gerai makan leh la kasik 5 bintang...)

2. DeerLand

Tempat ni x jauh dr tempat gajah tadi. It's took just 5 min je nk sampai sini. Sama la juga...ramai giler org kat sini. Nak masuk sini kena bayor RM5 for dewasa only. mcm agak mahal tapi bila fikir2 balik x salah kan menyumbang ke tabung peliharaan haiwan yang mcm 2ni. Kalau tidak, x de la peluang nk dapat tgk haiwan mcm ni sihat segar bugar dan sudah tentunya ceria..



Nama je deerland, tapi kat sini ada mcm2 haiwan lain juga. Nak kata mcm mini zoo, tak juga kut..sbbnya tempat haiwan kat sini lebih kepada tradisional sikit. Haiwan yg ada diletakkan didalam keadaan alam mereka yang sebenarnya, hutan belukar (bukannya dikurung dlm bilik batu bata). Paling seronok bila dapat peluang kasik makan rusa2 yang jinak tu. Terima kasih pada pihak yang berkenaan menyediakan peluang ni utk kami.



Dah puas disini, kami teruskan lagi perjalanan menyusuri keindahan alam yang aman damai ni. Kemana?...tunggu yer next entry...


Friday, 1-May-2009 12:05 Email | Share | | Bookmark
Selamat Ulang Tahun Sayang....

Tarikh akad nikah : 1 Mei 2003
Tempat : Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan






Alhamdulillah, hari ni 1 Mei 2009 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 6. Semoga kami sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagian yang abadi dalam rumahtangga disamping buah cinta kami ”INAS FANSURI”.... Semoga kami terus dibekalkan dengan semangat kuat untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Syukur atas kurniaan daripadaNya....



Untuk Suami tercinta...kita yang mencorak kehidupan, sedia menerima seadanya sepasang kita.....daripada awal perkahwinan kita serba serbi kekurangan, namun kita sentiasa dengan senyuman. Berkat kasih sayang kita, alhamdulillah kita berada di tahap sekarang...dan kita masih tetap dalam senyuman.Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita sekeluarga. Istimewa untukmu.....



Thank you,
For being my friend, listening to my stories and learn to understand me more years after years
For being the man of the house, providing me with food and shelter
For being the healer, when my heart is sad and it hurts so much
For being my staunch supporter, when the whole world go against me
For being lifetime confidant, without any judgment and criticsm
For being all the time believer, always have faith in what I do
For being my faithful husband and loyal friend
For being a great dad to our little girl
For telling others good stories about me
For working long hours to ensure everyone’s taken care of
For trying to spend time with us even after a long day of stress
For doing the groceries with or without me
For all other miscellaneous things you do during Saturdays and Sundays
For taking care of paying the bills ( penting ni…)
For being considerate of our needs ( tak pernah berkira..)
For being kind to my family and friends
For being honest about how you feel regarding me and others
For your willingness to discuss issues that concern our marriage
For discussing current news and spiritual matters with me
For taking me and our little girl with you in your travel
For forgiving me every time I make mistakes
For trying your best to communicate with me without hurting my feelings
For being always there for me and our little girl.




And above all - thank you…
For choosing me to be your wife

Most of all, Thank you,
For being the perfect husband, in my eyes and always in my heart
Happy Anniversary!....
( time to celebrate the joys of today, the memories of yesterday, and the hopes of tomorrow )


Suka saya disini untuk meminjam kata daripada seorang teman,

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”

Quote:
For dear HUBBY….

I just want to let you know that I really appreciate your…
- simplicity ( mudah untuk diuruskan )
- being good with people around ( boleh berkawan juga dengan kawan2 saya)
- being fair in dealing with other people
- being honest and sincere with our business ( sentiasa mengingatkan diri dengan keberkatan rezeki)
- being able to listen and understand me ( sangat penting to easy handle my feeling…)
- being patient and loving ( mmg sangat bersabar dgn saya…)
- playful spirit that makes me smile and laugh


I am particularly proud of your…
- expertise in electrical system ( boleh baiki sendiri kalau alat elektrik rosak), automobil (tukar sendiri minyak hitam dan sparepart kereta) system and fire alarm system
- willingness to do volunteer work without expecting anything in return (sgt banyak membantu saya menyelesaikan kerja rumah)


I am happy that you…
- like to spend some quality time with me and our little girl
- enjoy working at home and in the yard
- and I share the same interest with computers ( addict to Internet sama dengan saya..)
- have this outrageous knack for arcade games ( boleh tak ingat dunia kalau duk ngadap games..)


I especially love your…
- broad smile that makes me grin back all the time
- strong hands that hold me safely while walking in the streets
- gentle touch that makes me feel loved
- strong arms that make me feel secure


Note : Kami akan bercuti pada 1-3 May 09. Tunggu entry seterusnya yer....



Saturday, 25-Apr-2009 15:54 Email | Share | | Bookmark
Home life....

Location: Home Sweet Home
Date : 26 April 09


This weekend duk melepak je with my Inas kat umah sbb hubby keja. Ada masa luang aft dh settle keja umah, saya snap piccas our mini garden kat luar. Punyalah malas nk kuar, just snap thru my room jer...ikut tingkap, so hanya nilah hasilnya....


Perkara pertama bila bangun tido, saya akan tarik curtain, buka tingkap dan amik masa 30 saat utk jamu mata hala ke garden ni..time2 pagi, biasanya pokok2 bunga yang ada akan mengembang dengan cantiknya...sbb tu saya suka menghayatinya walaupun sekejap cuma 30 saat. Kalau lah ayam itik 'belaan' tu boleh berkata2..kan indahnya....ucapkan selamat pagi kepada saya...



Pastu, duk selongkar smula my laptop ni...ada la jumpa koleksi menu2 petang ni lak...jom layan tgk apa selera kami untuk juadah minum petang. Biasanya, utk juadah minum petang kami biasanya beli ajer diluar. Yang simple2 je boleh la buat mcm jemput pisang n cengkodok tu.. Bagusnya kalau ada pasar malam, lagilah byk pilihankan?...I'm not in a good hand to buat kuih muih ( kek boleh lak buat.. ). Rasanya kena belajar la kan buat kuih muih lak... (asik2 cuba resepi untuk lauk pauk jer)

Kalau pi pasar malam, my most peberet is Yong Tau Fu n Murtabak... . Owhh, petang ni ada pasar malam kat Taman Gelora, sure pegi lah......jomm!


Friday, 24-Apr-2009 02:44 Email | Share | | Bookmark
Waterfall + Pooling around...

Date : 4 April 09
Location : Air Terjun Sekayu, Terenggganu




Awal April lalu, kami balik kampung hubby at Marang, Terengganu. Awal2 lagi dh plan tuk nk berpicnic kat Air Terjun Sekayu ni. Lama dah x dtg sini...last sekali kalo x silap 7 thn yg lalu . So, pakat ngan my MIL kita masak2 for lunch kat sana nnt. Plan nk move kul 10am, tapi biasa lah janji melayu...kul 11am br gerak ke sana. Cuaca mcm ok jer...walaupun x cerah mana, tapi kami buat dekk jer...



Sampai sini org dah ramai...so susah skit nk crk port yg sesuai. Apa2 hal pun, yang penting isi perut dulu. Kami kuarkan seme bekal n brg2 yang perlu dan barulah bole bersila.... . Lepas ni dah kenyang barulah bole gi redah mandi-manda.



Yang barunya disini, sudah ada area pool utk kanak-kanak. Kira kalo bwk budak2 mmg senang la 'lepaskan' depa kat pool jer. Tak yah duk susah mengawal mereka kat sungai. Kami x ler pi jengah kat betul2 sungai yg nmpk air terjun sbbnya jauh lagi nk kena panjat bukit ke atas sana. Dah nya bwk anak2, tentulah kami pun kena lepak kat pool jugak.



My Inas mcm biasa, mmg hantu air...so walaupun dah lama duk berendam sampai nmpk ketar2 tahan sejuk, tetap x nak naik lagi. Excited sungguh bila pulak ada papan gelungsur gitu...walaupun dah biasa, tapi gitulah kalo dah namanya budak2.....



Pastu, saya ajak my MIL n hubby utk kami lak pi berendam kejap kat sungai tu pulak. So, hati2 turun kebawah sikit dan..best sgt rs sejuknya air yg mengalir dr air terjun ni. X dapat la nk amik piccas byk sbb saya pun tgh bz berendam... . Layan ni je la pics yg ada okeh....Excelli masa ni ujan turun renyai2 dan akibatnya saya terlupa kebarangkalian pacat mungkin ada. Kesannya, saya digigit pacat, sampai ke hari gatal2 kesan gigitan tu msh ada dan kadang kala membuatkan saya tension... ( sbb thn diri dr menggaru)....



Ni masa semua dah naik dan bersalin pakaian basah tadi. Sambung lagi makan2 dan saya layan anak2 kecik ni suh mereka posing2, masa ni my Inas dah tertido dlm khemah sbb kepenatan la . Sporting seme sepupu sepapat my Inas ni. Than, kemas2 brg kami balik. Dalam keta semua terpongkang zzzzzz...kepenatan wehh!

Quote:
ada x sapa2 yg bole kasik petua, mcm mana nk hilangkan kesan gatal gigit pacat nih?..tolong la...


Monday, 20-Apr-2009 15:52 Email | Share | | Bookmark
Inas..I Love being ur mom..



This entry special for my Inas Fansuri. Lately, my precious one ni mcm mood x baik jer...slalu sgt merajuk. Than meragam itu ini. For me, my Inas ni mmg nk perhatian excelli. Saya pun mmg akui, akhir2 ni keja ofis byk....( nk update cpt2 entry pun x terkejar rsnya...)


Walau apa keadaan sekalipun....Ayah Ibu will take a good care of u...luv u so much Inas....



Quote:
Inas, u r the only one who can leave me speechless......yet still inspire me to write words of love, we luv u so muchh....


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net